Berjuang Sampai Mati I Artikel

..tiada noktah dalam perjuangan,mati adalah suatu kepastian...


Masalah Glaukoma
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Hampir 2% daripada mereka yang berusia melebihi 40 tahun mengidap penyakit Glaukoma. Glaukoma merupakan salah satu sebab mereka menjadi buta selain daripada penyakit katarak. Di Malaysia dianggarkan satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh Glaukoma.


Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang Tekanan dalam mata menyebabkan glaukoma.terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

Bagai mata Glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf.

Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran keluar-masuk cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

Terdapat dua jenis Glaukoma, iaitu :-

1. Glaukoma Akut.

2. Glaukoma Kronik.

Masalah glaukoma.
Glaukoma Akut
Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecermasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap Glaukoma Akut.

Glaukoma Kronik
Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit

Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Pengidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah Glaukoma Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.

Tanda-tanda Glaukoma Kronik
Diantara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan yang semakin sempit. Penglihatan menjadi kabur dan rabun. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam). Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

Rawatan
Apabila seseorang menunjukkan tanda-tanda Glaukoma Kronik, beliau perlu mendapatkan rawatan SEGERA. Rawatan awal boleh mencegah kehilangan penglihatan yang disebabkan oleh Glaukoma Kronik. Rawatan Glaukoma Kronik adalah mudah dan tidak merbahaya iaitu dengan :-

1. Ubat titisan mata

2. Ubat makan (pil)

3. Pembedahan


Ubat titis mata dan pil membantu mengurangkan tekanan dalam bola mata. Bentuk rawatan ini perlu diikuti dengan rapi dan mungkin sepanjang hayat.

Pembedahan diperlukan jika rawatan ubat titis mata dan pil gagal mengawal tekanan tinggi di dalam bola mata. Pembedahan akan melicinkan keluar masuk cecair dari bola mata.

Rawatan Susulan

Pengidap Glaukoma Kronik perlu mengikuti rawatan susulan yang rapi untuk menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan berikut :-

· Ruang penglihatan

· Daya penglihatan

· Pemeriksaan pada bola mata.

· Tekanan di dalam bola mata.


Pemeriksaan-pemeriksaan ini dijalankan pada setiap lawatan untuk menentukan jenis rawatan serta mengawal penyakit Glaukoma Kronik daripada melarat.

Di mana rawatan boleh didapati.

Pemeriksaan mata dan rawatan untuk Glaukoma Kronik boleh di dapati di mana-mana klinik mata atau hospital kerajaan berhampiran.

· Pengesahan dan rawatan awal dapat menyelamatkan penglihatan anda.

· Segeralah berjumpa doktor mata jika anda mempunyai tanda-tanda Glaukoma.

· Periksalah mata anda setahun sekali jika keluarga anda mempunyai keturunan penyakit Glaukoma.

· Jalani pemeriksaan Glaukoma jika anda berusia 40 tahun keatas.

INGAT

· Glaukoma menyerang anda secara perlahan-lahan tanpa disedari kehadirannya.

· Jika tidak diberi rawatan awal, Glaukoma boleh menyebabkan anda menjadi buta.

· Jika anda disahkan mengidap Glaukoma, pastikan anda mengikuti rawatan susulan dan nasihat doktor anda.


Rujukan

Risalah "Glaukoma ", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia,

Cabaran Remaja Islam

perancangan komunis

-Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
-Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
-Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
-Menyebarkan fahaman teori Darwinisme - manusia berasal dari beruk
-Menyebarkan fahaman teori Frued - tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
-Agama candu masyarakat
-China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh

Perancangan salibiah
(gerakan hancurkan islam)


-Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
-Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
-Gladstone, "Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya."
-Pemerintah Perancis di Algeria, "Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya."
-Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka."
-Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah."
-Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
-Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
-Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
-Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
-Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
-Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
-Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."

Perancangan yahudi

-Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
-Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
-Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
-Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion - mungkin secara bulanan )
-Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya
-Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
-Suburkan pergaulan bebas – awalnya 'Rakan Study', akhirnya.....
-Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan 'BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN' (Skin-Head dan sebagainya)
-Serang budaya Islam dengan budaya Barat

AYUH!! SEDAR DIRI!!!...

Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:

"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.

Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri.

Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca.

Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:

-Penguasaan ilmu (fardhu 'ain dan fardhu kifayah)
-Bina kekuatan fikir dengan membaca
-Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
-Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
-Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
-Kembali cintakan ibadah
-Dampingi golongan alim
-Sentiasa mendirikan solat jama'ah
-Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.

Artikel

test artikel



Web This Blog

Shout Box


Nasyidfm.net

Other

    Nak letak blok lain sini


XML

Powered by Blogger



© 2007 Berjuang Sampai Mati I Artikel | Blogger Templates by Abu Handzolah.
Artikel yang ditulis adalah satu pandangan peribadi sahaja, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak atau dipaksa. written by Mohd Razi Musa.